Pelakon lelaki popular didakwa di mahkamah pagi ini

Pelakon lelaki popular didakwa di mahkamah pagi ini

SEORANG pelakon lelaki popular yang ditahan kerana didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut, akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, pagi ini.

Difahamkan pelakon berusia 38 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua jika sabit kesalahan.

Pada 16 Jun tahun lalu, media melaporkan pelakon itu ditahan selepas didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut.

Pelakon yang mendiami kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa selepas rakan mangsa yang hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ.

Kejadian dipercayai berlaku selepas pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan sebelum pelakon terbabit datang secara tiba-tiba dan memukul mangsa.

Berikutan kejadian, pelakon itu direman tiga hari dan dibebaskan sementara kertas siasatan lengkap untuk pertuduhan. – Malaysiapost

Komen