PM ajak rakyat ikuti Amanat ‘Membangun Malaysia Madani’ esok

PM ajak rakyat ikuti Amanat ‘Membangun Malaysia Madani’ esok

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai untuk bersama-sama mengikuti Amanat Perdana Menteri bertajuk Membangun Malaysia Madani, pagi esok.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Anwar berkata, program Amanat Perdana Menteri itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), bertujuan mencerakin isu berhubung pemerintahan baharu.

“Esok saya akan berada di PICC di Putrajaya bagi mencerakinkan mengenai bagaimana negara dan tatanan ini dapat menjunjung nilai dan etika pemerintahan yang baik buat rakyat.

“Saya undang rakan-rakan sekalian untuk ikuti, fahami dan wacanakan ia sebagai usaha dan upaya kita untuk mencipta lonjakan baharu buat negara,” katanya.

Dalam hantaran sama Perdana Menteri turut memuatnaik poster program berkenaan yang akan berlangsung pada jam 11.30 pagi, esok.

Amanat berkenaan juga akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama dan saluran Facebook. – Malaysiapost

Komen