Sultan Selangor bersiar naik beca di Pulau Pinang

Sultan Selangor bersiar naik beca di Pulau Pinang

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menaiki perkhidmatan beca untuk bersiar-siar di sekitar bandar raya Georgetown, Pulau Pinang.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Baginda berkenan melakukan ‘walkabout’ di kawasan Armenian Street.

“Baginda berkesempatan untuk singgah ke beberapa kedai menjual cenderamata dan beramah mesra dengan peniaga serta orang ramai.

“Baginda turut berkenan menaiki beca untuk merasai sendiri suasana di lokasi-lokasi tumpuan yang diktiraf oleh UNESCO sebagai kawasan warisan di Pulau Pinang,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan, Sultan Sharafuddin berada di Pulau Pinang pada 15 Januari lalu, selepas berkenan menyantuni undangan santapan tengah hari daripada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Seri Mutiara. – Malaysiapost

Komen