Video kanak-kanak tercampak atas jalan, undang simpati netizen

Video kanak-kanak tercampak atas jalan, undang simpati netizen

TULAR di media sosial video memaparkan sorang penunggang motosikal yang didakwa menunggang dengan cuai sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak yang dibonceng tercampak ke jalan raya.

Difahamkan, kejadian itu dirakam ‘dashcam’ sebuah kereta dan dipercayai berlaku di persimpangan jalan di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Menerusi rakaman video yang dimuatnaik di akaun Facebook Info Kemalangan dan Bencana Malaysia, mendapati motosikal yang ditunggang lelaki terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah kereta di sisi tepi.

Kejadian itu menyebabkan kanak-kanak berkenaan tercampak dan berguling di atas jalan. Manakala penunggang serta motosikal tersebut merempuh penghadang jalan.

Susulan kejadian itu, orang awam yang berada di lokasi bertindak pantas menyelamatkan kanak-kanak itu yang sedang menangis.

Bagaimanapun, penunggang motosikal dan kanak-kanak itu selamat serta tidak mengalami kecederaan serius.

Video itu mengundang simpati netizen termasuk ada yang mengecam penunggang motosikal berkenaan kerana didakwa cuai serta mengundang bahaya terhadap kanak-kanak tersebut.

Malah, ada yang meminta kerajaan mengetatkan undang-undang membawa kanak-kanak menaiki motosikal bagi mengelak kejadian bahaya menimpa golongan itu.

“Kalau tengok dari cara pemanduan tu nampak seperti ‘microsleep’, Wallahualam.. Moga dipermudahkan segala urusan keluarga ini.

“Kadang-kadang kita tidak tahu kalau penunggang motosikal tiba-tiba tidak sihat. Mungkin bukan sengaja, harap baik-baik sahaja.

“Perlu ada undang-undang yang lebih ketat di mana kalau bawah umur tertentu tidak boleh dibawa naik motosikal,” antara komen netizen. – Malaysiapost

Komen