Hannah mahu warga KBS kurangkan program pada Ahad

Hannah mahu warga KBS kurangkan program pada Ahad

WARGA Kementerian Belia dan Sukan (KBS) digalak mengurangkan penganjuran program pada hujung minggu bagi memberi peluang untuk mereka meluangkan masa bersama keluarga, kata Hannah Yeoh.

“Hasrat saya agar warga KBS dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

“Kita perlu sedaya upaya mengurangkan program pada hari Ahad. Selain demi keluarga kita, diri sendiri juga perlukan rehat,” katanya dalam amanat pertama kepada warga KBS selepas hampir enam minggu saya menggalas amanah menjadi menteri di kementerian itu.

Sementara itu Hannah berkata, beliau mahu KBS memperbanyakkan program dengan kos rendah tetapi mempunyai impak besar kepada majoriti rakyat, terutamanya mereka yang berada di pedalaman dan akar umbi.

“Dalam KBS, kita mesti sihat dan cergas. Saya telah mengajak pimpinan tertinggi KBS untuk bersama-sama bersenam setiap hari Rabu lepas mesyuarat post-Cab.

“Letakkan sasaran untuk capai kecergasan dan kurangkan berat badan. Jadikan cita-cita saya untuk mengurangkan berat sebanyak 5kg (kini telah turun 3kg) sebagai contoh.

Team work dan sikap kesederhanaan serta kecemerlangan di kementerian penting untuk kita menyakinkan masyarakat,” katanya lagi. – Malaysiapost

Komen