Pahang senaraikan 29 individu guna gelaran Datuk, Datuk Seri palsu

Pahang senaraikan 29 individu guna gelaran Datuk, Datuk Seri palsu

KERAJAAN Pahang mengeluarkan Notis Awam menyenaraikan 29 individu yang tiada dalam senarai penerima Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur

Notis Awam tersebut dikeluarkan susulan kes pemalsuan pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri, sebelum ini.

Notis dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak menerusi kemaskini di Facebook rasmi Kerajaan Negeri Pahang, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan dua bekas kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang mengaku ditahan kerana dipercayai menawarkan gelaran darjah kebesaran Pahang iaitu Datuk dan Datuk Seri palsu.

Dua individu terbabit mengaku tidak bersalah atas 29 pertuduhan mengubahsuai kandungan laman sesawang sistem pengurusan darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang tanpa kebenaran.

Tertuduh, Mohd Isa Mohd Yusof, 36, berhadapan dengan 26 pertuduhan memasukkan nama 26 individu pelbagai bangsa termasuk warga asing berusia antara 34 hingga 61 ke dalam laman sesawang berkenaan.

Manakala seorang lagi tertuduh, Muhammad Amer Syafeeq Aziz, 30, berhadapan dengan tiga pertuduhan memasukkan tiga nama individu ke dalam laman sesawang tersebut. – Malaysiapost

Komen