Tengku Hassanal kini berpangkat kapten

Tengku Hassanal kini berpangkat kapten

YANG di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke Majlis Pemakaian Pangkat kepada Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Turut berkenan berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, di Istana Negara hari ini.

Majlis Pemakaian Pangkat itu disempurnakan sendiri oleh Paduka Baginda berdua kepada Tengku Hassanal yang dipakaikan pangkat Kapten.

Majlis Pemakaian Pangkat itu disempurnakan sendiri oleh Paduka Baginda berdua.

Turut berangkat Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah; Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan; Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera; Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Juga hadir ke Majlis Pemakaian Pangkat, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Tengku Hassanal, sebelum ini berpangkat Leftenan, menamatkan pengajian ketenteraan di pusat latihan tentera tersohor dunia, Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom, pada Disember 2019 selepas menjalani latihan di akademi itu selama 44 minggu.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga pernah menjalani latihan ketenteraan di Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst dari 1978 sehingga 1979 dan ditauliahkan oleh mendiang Ratu Elizabeth II pada tahun 1980. – Malaysiapost

Komen