Bonus penjawat awam dikecualikan cukai – PM

Bonus penjawat awam dikecualikan cukai – PM

PEMBERIAN bonus kepada kakitangan awam di seluruh negara akan dikecualikan cukai, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, keputusan dibuat atas pertimbangan bahawa bonus penjawat awam adalah tidak tinggi dan tidak wajar dikenakan cukai.

“Saya fikir munasabah kerana bonus itu tidak tinggi.

“Jadi oleh itu bonus akan dikecualikan daripada cukai dan ini terpakai kepada semua penjawat awam di seluruh negeri,” katanya pada sidang akhbar pasca Mesyuarat Majlis Tindakan pelaksanaan MA63 di Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini.

Untuk rekod cadangan pengecualian cukai itu diusulkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam pertemuan kedua-dua pemimpin itu semalam.

Jelas Anwar, walaupun ia dicadangkan untuk Sarawak tetapi keputusan itu terpakai untuk semua penjawat awam di negara ini. – Malaysiapost

Komen