Covid-19: 318 kes baharu semalam, tiada kematian dilaporkan

Covid-19: 318 kes baharu semalam, tiada kematian dilaporkan

SEBANYAK 318 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam dengan satu daripadanya merupakan kes import, menjadikan kes keseluruhan kepada 5,033,943.

Berdasarkan data di portal KKMNow, tiada kematian yang direkodkan akibat wabak itu semalam.

Perkembangan itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 36,923.

Kes sembuh dicatatkan pula adalah sebanyak 331 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,986,643 kes.

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini direkodkan sebanyak 10,377 dengan 9,960 atau 96 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sementara 398 pesakit dirawat di hospital dengan 19 daripadanya di unit rawatan rapi (ICU). – Malaysiapost

Komen