DJ Lin masuk hospital, ada benjolan besar bola golf di peha

DJ Lin masuk hospital, ada benjolan besar bola golf di peha

“PADA mulanya, saya fikir ia hanya bengkak sikit saja tapi dalam tempoh beberapa hari, bengkak itu semakin membesar dan mula berasa sakit,” kata penyampai radio popular, DJ Lin.

Pemilik nama sebenar, Roslinda Abd Majid itu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur kerana mengalami bengkak dan benjolan di peha kanannya sejak Selasa lalu.

DJ lin berkata, dia terpaksa mendapatkan rawatan kerana berasa sakit kepala dan demam akibat benjolan di peha kanannya itu, lapor Harian Metro.

“Ia mula dirasai sejak enam hari lalu. , Bengkak itu semakin membesar dan mula berasa sakit serta bisa-bisa. Saya mula berasa tidak selesa bila bergerak atau berjalan,” katanya.

Lin yang juga Pengurus Besar Suria FM berkata, doktor juga sudah memberikannya antibiotik dan ubat tahan sakit.

“Saya sudah buat ujian ultrasound semalam dan doktor beritahu keadaan bengkak di pehanya itu juga teruk. Saya juga berasa pelik, bengkak sebesar bola golf itu baru enam hari tapi ia cepat membesar dan sangat berbisa,” katanya.

Menurut DJ Lin, doktor juga masih belum dapat mengesan punca bengkak itu.

“Doktor masih teruskan rawatan dengan ubat antibiotik dan tahan sakit yang paling kuat serta ubatan lain. Saya akan ditahan di wad dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi sehingga bengkak itu surut dan pulih,” katanya.

Sebelum ini, DJ Lin dimasukkan ke hospital kerana muka dan badannya bengkak teruk kerana alahan pada ubat tahan sakit pada Disember tahun lalu. – Malaysiapost

Komen