Ebit Lew jamu rakyat Bangladesh tinggal tepi rel kereta api nasi beriyani

Ebit Lew jamu rakyat Bangladesh tinggal tepi rel kereta api nasi beriyani

PENDAKWAH bebas, Ebit Lew berkongsi rezeki menjamu nasi beriyani buat masyarakat di Bangladesh yang hidup di tepi laluan kereta api.

Ebit yang kini dalam misi kemanusiaan dan dakwah di Bangladesh, berkata sangat sayu melihat masyarakat di kawasan itu sangat menghargai sumbangan makanan kepada mereka.

“Terharu sayu rasanya. Jamu makan mereka yang tinggal di tepi railway kereta api. Berlari dan suka sangat mereka dijamu beryani panas.

“Ada anak kecil yatim piatu. Jiran-jiran tolong jaga anak kecil tu. Kehidupan disini luar biasa. Banyak pelajaran dapat. Baik-baik orang sini semuanya,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam hantaran itu juga memaparkan gambar Ebit sendiri yang mengedarkan nasi beriyani kepada penduduk yang berbaris untuk mendapatkan makanan.

Ebit turut menyuapkan makanan dengan mesra kepada kanak-kanak yang kawasan itu.

Hantaran itu dibanjiri dengan komen-komen positif netizen yang memuji sikap pemurah pengasas jenama Elewsmart itu menyantuni golongan yang memerlukan.

Malah ruangan komen pendakwah itu turut dipenuhi dengan ucapan terima kasih warga Bangladesh yang menghargai sumbangan Ebit buat masyarakat di negara mereka. – Malaysiapost

Komen