Op Tapis Khas rampas 840.7 kg dadah, 7 lelaki ditangkap

Op Tapis Khas rampas 840.7 kg dadah, 7 lelaki ditangkap

SEJUMLAH 840.7 kilogram ganja dirampas melibatkan tangkapan tujuh lelaki di sekitar Perak dan Pulau Pinang sejak Op Tapis siri 1 dilancarkan pada 17 Januari lalu. 

Menurut kenyataan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Op Tapis Khas yang berakhir semalam turut merampas 39.8 kilogram serbuk ekstasi dianggarkan bernilai RM1.9 juta di Sarawak.

“Sebanyak empat laras senapang, sepucuk pistol, 57 butir peluru hidup dan sebilah pedang samurai telah dirampas sepanjang Op Tapis Khas ini,” menurut kenyataan itu, hari ini.

JSJN berkata, seramai 4,420 individu telah ditahan dan diperiksa, daripada jumlah itu 3,701 individu tditangkap termasuk 446 tokan dan 183 individu yang dikehendaki. 

“Kesemua yang ditangkap berusia 14 hingga 71 tahun.

“JSJN juga merampas 894 kilogram pelbagai jenis dadah, 53.23 liter pelbagai jenis cecair dadah, 647.6 kilogram daun ketum dan 695.61 liter air ketum yang membawa nilai rampasan adalah sebanyak RM 4.64 juta. 

“Turut disita wang tunai, barang kemas dan kenderaan bernilai RM 325,064.00,” katanya. 

Op Tapis Khas siri 1 yang dilancarkan di seluruh negara melibatkan 1,595 pegawai dan anggota JSJN. 

“Dalam operasi ini 2,508 pemeriksaan di Felda, Felcra, ladang swasta, PPRT atau PPR, Kampung Nelayan, sekatan jalan raya (SJR) dan sarang penagih telah dijalankan. 

“Objektif operasi khas ini adalah untuk mengesan dan menangkap tokan-tokan dadah di hot spot dikenalpasti, memusnahkan lokasi penagihan dadah.

“Selain itu engambil tindakan ke atas penagih tegar, mengesan dan menangkap ‘wanted person’ atas kesalahan dadah, serta pencegahan ke atas pengedar dadah yang telah dikenalpasti,” katanya. – Malaysiapost

Komen