Perayaan beri peluang semai semangat perpaduan – PM

Perayaan beri peluang semai semangat perpaduan – PM

RAKYAT Malaysia yang berbilang kaum bertuah kerana berpeluang merayakan kepelbagaian perayaan di samping menyemai semangat perpaduan antara satu sama lain. 

Berkongsi dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tionghua dengan menyeru kerukunan dan toleransi antara kaum terus menjadi pemangkin masa depan negara. 

“Perayaan-perayaan besar yang ada di negara ini memberikan kita peluang menyemai semangat perpaduan dan saling kenal antara satu dengan yang lain. 

“Elemen kerukunan dan toleransi antara kaum adalah pengikat yang nyata dalam membawa negara ini ke depan. 

“Mewakili seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa, saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2023 kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini,” katanya.

Hari kebesaran masyarakat Cina tahun ini jatuh pada 21 Januari. -Malaysiapost

Komen