Presiden FAM minum pagi bersama Hannah Yeoh

Presiden FAM minum pagi bersama Hannah Yeoh

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkesempatan meluangkan masa bertemu dan minum pagi dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, pagi tadi.

Sesi itu bertujuan membincangkan secara ringkas namun terperinci mengenai bola sepak negara dan perkembangan terkini bola sepak wanita, futsal, bola sepak pantai serta pembangunan pengadil.

Hamidin berkata, pertemuan itu turut menekankan mengenai pembangunan akar umbi dan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Katanya lagi, pertemuan itu bukan saja membincangkan hal-hal berkaitan bola sepak, malah bertukar input serta pandangan berkaitan sukan di Malaysia secara umumnya.

“YB Hannah bukan sahaja menunjukkan minat dalam bola sepak tetapi nampak begitu meminati sukan secara keseluruhannya.

“Beliau ingin mengetahui segalanya tentang bola sepak dan sedikit sebanyak sudah saya terangkan kepada beliau,” katanya menerusi hantaran di Facebook FAM. – Malaysiapost

Komen