Telur ayam bertaburan atas lebuh raya

Telur ayam bertaburan atas lebuh raya

TELUR ayam bertaburan dan pecah di atas lebuh raya berikutan lori membawa muatan itu terlibat dalam nahas jalan raya, hari ini. 

Nahas itu berlaku di kilometer 242.6, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, berdekatan Rembau. 

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata nahas melibatkan sebuah lori dipandu di lorong kiri yang hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang jalan di sebelah kiri pada jam 9.11 pagi.

“Lori itu terbalik di lorong tersebut. Pemandu lori iaitu lelaki berusia 30 tahun cedera ringan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kemalangan itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas sejauh lima kilometer menuju ke utara dan berterusan selama dua jam. – Malaysiapost

Komen