Mawar Rashid selamat lahirkan anak ketiga

Mawar Rashid selamat lahirkan anak ketiga

PELAKON Mawar Rashid selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak ketiganya di sebuah pusat perubatan di Selangor kira-kira jam 1 pagi tadi.

Berita gembira itu dimaklumkan Mawar menerusi hantaran di Intagramnya, selain mengakui segala urusan bersalinnya kali ini dipermudahkan Allah SWT.

“Syukur Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Mawar bersalin secara normal, sepertimana bayi pertama dan kedua saya, Rafael & Cinta. Terima kasih semua atas doa-doanya.

“Say hi to, Raden Seri Riyanna Sayang.” tulisnya dalam hantaran itu.

Sementara itu, suaminya yang juga pelakon Raf Yaakob berkata, sepatutnya Mawar dijangka bersalin pada hujung bulan ini, tetapi sejak pagi semalam dia sudah mula mengalami kontraksi yang agak kuat.

“Pagi semalam saya membawa Mawar ke hospital tapi doktor maklumkan bayi belum nak ‘keluar’. Namun doktor menyarankan agar Mawar ditahan di wad untuk memantau keadaannya.

“Tetapi Mawar memilih untuk balik sebab tarikh bersalin pun masih jauh. Secara tiba-tiba sekitar jam 8 malam, dia mula terasa sakit dan menghubungi saya supaya cepat pulang kerana sudah rasa nak bersalin.

“Mujurlah ketika itu gimnasium yang saya pergi tidak jauh dari rumah. Sampai saja di hospital dalam jam 10 malam, doktor maklumkan sudah sampai waktu.

“Alhamdulillah kali ini segala proses berjalan dengan begitu cepat dan mudah. Mawar selamat bersalin secara normal jam 1 pagi tadi,” katanya.

Mawar dan Raf berkahwin pada November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta.

Raf juga mempunyai dua anak iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil perkahwinan terdahulu. – Malaysiapost

Komen