‘Patutnya kena ikut undang-undang, jangan pilih bulu’ – Netizen

‘Patutnya kena ikut undang-undang, jangan pilih bulu’ – Netizen

HANTARAN Facebook rasmi Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menerima kritikan netizen yang mendakwa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu bersikap berat sebelah.

Terdahulu, DBKL mendakwa pihaknya terpaksa meneliti kehendak dan alasan dalam menyelesaikan masalah berbangkit, termasuk isu pemilik premis makanan dan perjalan kaki di Bukit Bintang.

Premis makanan di Bukit Bintang. Foto kredit: FB DBKL

Jelas DBKL, pejalan kaki di kawasan itu mendakwa laluan mereka terhalang kerana pemilik restoran meletak kerusi dan meja di luar premis, sementara pekedai pula mendakwa ruang mereka terhad berbanding sambutan pelanggan yang amat menggalakkan.

“Bila nak selesaikan isu-isu yang berbangkit, DBKL perlu meneliti kehendak dan alasan pihak-pihak yang terlibat.

“Jadi DBKL letak ‘planter box’ ruang letak meja dihadkan, ruang pejalan kaki pula tak terhalang dan paling penting pemandangan pun menarik.

“Umpama menarik rambut dari tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.. tak gitu,” menurut hantaran berkenaan.

Bagaimanapun, hantaran yang dimuatnaik satu jam lalu itu mengundang rasa tidak puas hati orang ramai yang mendakwa DBKL hanya bersikap ‘lembut’ terhadap pemilik premis ‘kayangan’.

Menurut mereka, kerja hakiki DBKL adalah menguatkuatkuasa undang undang dan peraturan, bukannya memikirkan penyelesaian ruang kedai peniaga yang tidak cukup besar.

Premis makanan di Bukit Bintang. Foto kredit: FB DBKL

“Itu masalah pemilik kedai, kenapa tak fikir sebelum buka kedai. Benda yang terang-terang salahi peraturan jangan diberi kelonggaran, esok esok jadi tabiat dan ‘precedence’ yang tidak baik.

“Elok Menteri dan Datuk Bandar teliti perkara ini sebelum jadi kebiasaan di DBKL.” kata Mazlan Mohamad.

“Dengan ‘foreigner’ je DBKL takut buat macam tu, kalau dengan Melayu angkut terus,” kata Iman Ariz.

“Ni restoran warga asing. ‘No wonder’ lah DBKL bagi layanan istimewa. Sepatutnya kena konsisten, ikut undang-undang. Jangan pilih bulu,” kata Abu Zaid.

“Kaki lima tu ikut perundangan boleh ke letak meja makan? Apa justifikasinya? Adakah ada lesen tertentu untuk membolehkan meja diletak kat kaki lima?,”soal netizen. – Malaysiapost

Komen