Runtuhan salji: 28 sah terbunuh, pencarian ditamatkan

Runtuhan salji: 28 sah terbunuh, pencarian ditamatkan

OPERASI mencari dan menyelamat di lokasi runtuhan salji di Wilayah Autonomi Tibet di barat China ditamatkan dengan 28 orang disahkan terbunuh.

Terdahulu, media melaporkan bahawa seramai 1,300 penyelamat dan 236 jentera dan kenderaan khas terlibat dalam operasi menyelamat di daerah Nyingchi itu.

Biro Keselamatan Awam daerah Medog menerima panggilan kecemasan pada petang Selasa.

Runtuhan sajli telah menghalang pintu masuk ke terowong di lebuh raya yang menghubungkan daerah Medog dan Mainling menyebabkan orang ramai dan kereta terperangkap di dalam terowong itu.

Selasa lalu, runtuhan salji dan ais di hadapan terowong dan memerangkap mangsa di dalam kenderaan mereka.

Nyingchi terletak pada ketinggian hampir 10,000 kaki (3,048 meter), kira-kira lima jam pemanduan dari ibu kota Lhasa, di sepanjang lebuh raya yang dibuka pada 2018.

Media kerajaan China sebelum ini melaporkan runtuhan salji berlaku di pintu keluar terowong di lebuh raya tenggara Tibet, mengakibatkan mangsa terperangkap di dalam kenderaan mereka.

Kementerian Pengurusan Kecemasan China menghantar pasukan keselamatan bencana ke wilayah itu Rabu lalu.

Runtuhan salji kerap berlaku di Banjaran Himalaya, di mana terletaknya gunung tertinggi di dunia. – Malaysiapost

Komen