Beri duit kepada pengundi bergantung kepada niat, kata Hamzah

Beri duit kepada pengundi bergantung kepada niat, kata Hamzah

SETIAUSAHA Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan pemberian duit semasa kempen pilihan raya adalah bergantung kepada niat dan tujuan seseorang itu.

Ketua Pembangkang itu berkata, adalah tidak sepatutnya memfokuskan kepada pemberian, namun punca duit itu diberikan lebih utama.

“Apabila kita cakap pasal beri duit. Niat itu yang penting. Ada mereka minta duit untuk baiki rumah dan sebagainya.

“Oleh itu, kita perlu berhati-hati sebab niat kita bagi duit adalah kerana mereka (pengundi) yang memerlukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Perikatan Nasional (PN), hari ini.

Semalam, Abdul Hadi menyifatkan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana ia hanyalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam.

Katanya, undang-undang telah menetapkan bahawa setiap calon dan wakil calon tidak boleh memberi wang ketika berkempen.

“Mengikut undang-undang pilihan raya, calon dan wakil-wakil calon tidak boleh beri (wang), tetapi orang awam mahu beri sedekah, terpulang kepada dia,” katanya.

Namun begitu, kenyataan yang dikeluarkan Abdul Hadi menerima pelbagai kritikan terutama daripada pimpinan Umno

Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil meminta agar Abdul Hadi tidak mencari sebarang dalil bagi tujuan menghalalkan perbuatan rasuah. – Malaysiapost

Komen