Hannah Yeoh turun padang sokong The Speedy Tigers di Dataran Merdeka

Hannah Yeoh turun padang sokong The Speedy Tigers di Dataran Merdeka

BIARPUN masih dalam cuti umum Tahun Baru Cina, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tetap bersemangat meluangkan masa memberi sokongan skuad The Speedy Tigers, di Dataran Merdeka petang tadi.

Hannah turut bersama-sama para peminat menyaksikan The Speedy Tigers menentang pasukan Sepanyol dalam pusingan Crossover Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023, yang akan ditayangkan di skrin besar.

“Program Big Screen di Dataran Merdeka untuk menyokong team hoki Malaysia di Piala Dunia 2023 Malaysian Hockey Confederation.

“Mengambil cuti pada hari pertama Tahun Baru Cina untuk menyokong Speedy Tigers kami,” kata Hannah di media sosial.

Selain di Dataran Merdeka, satu lagi lokasi menempatkan skrin besar yang menayangkan perlawanan yang sama adalah di Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

Terdahulu, menerusi ciapan di Twitter Hannah mengajak peminat sukan menyaksikan perlawanan di antara Malaysia dan Sepanyol dalam Piala Dunia Hoki 2023, bertempat di dua buah skin besar yang disediakan di dua lokasi berbeza.

“Yang tak balik kampung, malam ini dua lokasi big screen untuk saksikan team Hoki kita bermain dalam Piala Dunia Hoki 2023.

“Untuk memberikan sokongan kepada team Malaysia, saya akan menyambut hari pertama Tahun Baru Cina di Dataran Merdeka. Jom!” katanya.

Perlawanan tersebut bermula jam 6.45 petang waktu Malaysia. – Malaysiapost

Komen