Kes baharu Covid-19 terus catat angka bawah 300

Kes baharu Covid-19 terus catat angka bawah 300

SEBANYAK 293 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kini mencecah 5,034,521 kes.

Berdasarkan portal KKMNow, dua kematian dicatatkan semalam, dan tiada kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 adalah 36,932 kes.

Sebanyak 10,320 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 9,942 pesakit kuarantin di rumah, 366 menerima rawatan di hospital.

Data itu juga menunjukkan, sejumlah 12 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut 10 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 326 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,987,269. – Malaysiapost

Komen