PRN: PN sasar menang kawasan bukan Melayu, letak calon diterima ramai

PRN: PN sasar menang kawasan bukan Melayu, letak calon diterima ramai

PERIKATAN Nasional (PN) menyasarkan untuk menang bukan sahaja di kawasan Melayu, malahan bukan Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Justeru, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata gabungan itu akan meletakkan yang calon yang diterima ramai terutama di Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor.

“Bagi kerusi di Kedah, Kelantan dan Terengganu kita boleh menang besar dan ‘handsomely’.

“Tapi di Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor, kita kena berhati-hati dan pastikan calon diterima oleh semua orang bukan sahaja Melayu tetapi bukan Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Perikatan Nasional (PN), hari ini.

Turut hadir, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Ketika ditanya mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, Terengganu dan Kelantan, Hamzah berkata, perkara tersebut tidak perlu didedahkan.

“Bubar ini kita simpan dengan kita (PN) sahaja. Ada perkara yang kita boleh beritahu, ada yang kita tak boleh bagi tahu,” katanya. – Malaysiapost

Komen