‘Semarakkan cinta antara kaum, hindari retorik perkauman yang merosakkan’

‘Semarakkan cinta antara kaum, hindari retorik perkauman yang merosakkan’

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat menyemarakkan aktiviti kunjung mengunjung dan menyantuni sahabat handai tidak kira bangsa dan agama.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Perdana Menteri turut memuat naik gambar sekitar majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) yang dihadiri bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pagi tadi.

Perdana Menteri hadir bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam hantaran berasingan, Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong atas jemputan menghadiri Rumah Terbuka parti itu di Wisma MCA Jalan Ampang pagi tadi.

Perdana Menteri hari ini ‘kembali’ ke Wisma MCA selepas lebih 25 tahun, bagi merayakan sambutan Tahun Baharu Cina bersama pemimpin parti itu.

“Terima kasih kepada Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan pimpinan kerana menjemput saya dan Azizah.

“Terus semarakkan rasa cinta dan rahmah antara kaum dan usah diperpanjang retorik perkauman yang merosakkan,” tulisnya.

Terdahulu, Perdana Menteri hari ini ‘kembali’ ke Wisma MCA selepas lebih 25 tahun, bagi merayakan sambutan Tahun Baharu Cina bersama pemimpin parti itu.

Anwar yang kelihatan gembira ketika hadir pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina itu berkata beliau menghargai undangan MCA ke majlis berkenaan, selepas komponen Barisan Nasional (BN) itu kini menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan pimpinannya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat menyemarakkan aktiviti kunjung mengunjung dan menyantuni sahabat handai tidak kira bangsa dan agama.

Kali terakhir Perdana Menteri menghadiri majlis berkenaan adalah ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, sebelum dipecat daripada jawatan itu pada 1998. – Malaysiapost

Komen