Isteri Daim Zainuddin meninggal dunia

Isteri Daim Zainuddin meninggal dunia

TOH Puan Mahani Idris, isteri kepada bekas Menteri Kewangan dan tokoh korporat negara Tun Daim Zainuddin, dilaporkan meninggal dunia malam tadi.

Memetik laporan Astro Awani, punca beliau meninggal dunia tidak dapat dikenal pasti.

“Dengan berat hati ingin memaklumkan kepada semua bahawa Mami (Toh Puan Mahani Idris) telah kembali dengan aman kepada Yang Maha Esa,” menurut sumber rapat dengan keluarga Allahyarham.

Difahamkan, jenazah akan dimandikan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada 10 pagi.

Jenazah akan disembahyangkan di Surau Hidayat, Seri Kembangan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham turut meninggalkan lima orang anak. – Malaysiapost

Komen