Tangan Noorkhiriah cedera motosikal terbabas ketika penggambaran

Tangan Noorkhiriah cedera motosikal terbabas ketika penggambaran

PELAKON Noorkhiriah terlibat dalam kemalangan kecil selepas terbabas ketika penggambaran sebuah drama hari ini.

Insiden tersebut tular selepas Noorkhiriah, 44, memuat naik video kemalangan itu di Instagramnya.

Bagaimanapun Noorkhiriah hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya selepas kemalangan tersebut.

Menerusi video itu, Noorkhiriah dilihat menunggang motosikal ketika penggambaran dilakukan di sebuah lokasi.

Kemudian motosikal yang dinaikinya terbabas dan seterusnya melanggar sebuah kereta di hadapan rumah yang dijadikan lokasi penggambaran itu.

Hantaran tersebut dibanjiri dengan komen rakan-rakan artis serta peminat yang bertanya keadaan Noorkhiriah dan mendoakan agar pelakon itu segera sembuh.

“Allahuakbar… semoga cepat sembuh dan segala urusan dipermudahkan,” doa Ropie.

“Adoi Nor manalah budak propman tak ada standby kat depan,” kata Didie Alias.

“Ya Allah.. kakak. Tolong lebih hati-hati lepas ni walaupun berlakon,” kata Naszsally. – Malaysiapost

Komen