‘Yang kena belasah tu awak masa PRU’ – netizen

‘Yang kena belasah tu awak masa PRU’ – netizen

PERKONGSIAN keputusan perlawanan Liga Perdana England oleh Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan di media sosial bertukar menjadi medan ‘sindiran’ netizen yang mengaitkannya dengan Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Zahida dalam hantaran di Facebook, memuat naik gambar sedang menonton perlawanan tersebut, dan memberitahu Arsenal telah ‘membelasah’ Manchester United sebanyak 3-2.

“Saja nak bagi tahu yang Arsenal menang malam ni belasah MU (Manchester United),” tulisnya di hantaran itu semalam.

Gara-gara hantaran tersebut, Ketua Puteri Umno menerima kecaman warga maya yang menyamakan situasinya yang tewas ketika bertanding sebagai calon di Parlimen Padang Besar, pada PRU15.

Seorang pengguna Facebook turut membetulkan perkataan yang lebih sesuai adalah ‘menang tipis’, dan bukannya dibelasah jika keputusan perlawanan bola sepak adalah 3-2.

“Yang kena belasah tu rasanya awak hari itu masa PRU kan. Ini gol minit akhir 3-2. Perempuan kalau tengok bola pun nak sentiasa betul,” tulis Badrolhaniff Said.

“Yang kena belasah Barisan Nasional masa PRU hari tu. Termasuk calon yang bercakap sekarang ini,” kata AT Mohd Izahar.

“Belasah itu awak yang kena kat PRU baru ni. Yang Man Utd ni bukan kena belasah tapi majoriti tipis macam Zahid.. jauh beza tu kak,” kata Toman Pemburu.

Pada PRU15 lalu, Zahida tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Rushdan Rusmi dengan majoriti 12,514 undi.

Kekalahan Zahida itu menyaksikan kedua-dua ketua sayap Umno, Ketua Puteri dan Ketua Pemuda Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tewas pada PRU15. – Malaysiapost

Komen