Bayi Orang Asli sesak nafas diterbangkan ke Hospital Gua Musang

Bayi Orang Asli sesak nafas diterbangkan ke Hospital Gua Musang

SEORANG bayi perempuan terpaksa diterbangkan dengan pesawat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari perkampungan Orang Asli di Pos Balar, ke Hospital Gua Musang, Kelantan, semalam selepas mengalami sesak nafas.

Dalam perkongsian di laman Facebook Bahagian Udara JBPM, bayi Orang Asli berusia 15 bulan itu diterbangkan melalui penerbangan pemindahan perubatan (Medevac).

Herissya Hefly yang ditemani ibunya Tijah Enda, 22, dan bersama dua jururawat daripada Hospital Gua Musang diterbangkan dengan pesawat Agusta Westland 189 (AW189).

Misi berkenaan dijalankan oleh pasukan yang sedang melakukan Khidmat Khas penghantaran bekalan makanan kepada penduduk di perkampungan Orang Asli sekitar daerah Gua Musang, semalam.

Herissya Hefly yang ditemani ibunya Tijah Enda, 22, dan bersama dua jururawat daripada Hospital Gua Musang diterbangkan dengan pesawat Agusta Westland 189 (AW189).

“Pesawat telah mendapat tugasan untuk mengambil pesakit kanak-kanak perempuan semasa menjalankan tugasan penghantaran bantuan barang makanan ke pos-pos Orang Asli sekitar Gua Musang.

“Dua jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) daripada Hospital Gua Musang telah dibawa dari Padang Sivik Gua Musang ke Pos Balar bagi mengeluarkan pesakit bersama bantuan barang makanan untuk dihantar ke Pos Gawin.

“Selepas penghantaran di Pos Gawin, pesawat terus ke Pos Balar mengambil pesakit bersama pengiring dan di bawa ke Padang Sivik Gua Musang,” menurut hantaran itu.

Menurutnya, pesakit berada dalam keadaan baik semasa dipindahkan dan kemudian dihantar ke Hospital Gua Musang. – Malaysiapost

Komen