Kedah umum cuti peristiwa sempena Thaipusam

Kedah umum cuti peristiwa sempena Thaipusam

KERAJAAN Kedah meluluskan pemberian cuti peristiwa pada 5 Februari ini sempena sambutan Thaipusam.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memaklumkan kelulusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Exco pada 18 Januari lalu.

“Pemberian cuti peristiwa ini bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada penganut Hindu di Kedah meraikan hari kebesaran agama mereka bersama keluarga.

“Kepada yang bukan beragama Hindu, pemberian cuti peristiwa ini juga diharap dapat memberikan mereka manfaat yang sebaik-baiknya memandangkan ia jatuh pada Ahad yang berturutan dengan cuti mingguan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi dilapor berkata cuti peristiwa bukan diberikan secara automatik setiap tahun sebaliknya perlu dibincang dan diluluskan dalam mesyuarat Exco setiap kali tiba satu-satu peristiwa. – Malaysiapost

Komen