Sedekah atau sumbangan, rasuah tetap rasuah

Sedekah atau sumbangan, rasuah tetap rasuah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat apa sahaja bentuk rasuah berdasarkan peruntukan undang-undang, bukannya mengikut kepada tafsiran peribadi.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki menegaskan rasuah adalah rasuah, tidak kira bagaimana seseorang itu memilih untuk mentafsirkannya kerana undang-undang jelas mentakrifkan maksud pembelian undi.

“Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 adalah sangat jelas dan apa jua istilah awam digunakan mempertahankan hujah adalah tafsiran peribadi semata-mata.

“Sama ada ia ‘sedekah’ atau ‘sumbangan’, undang-undang menganggapnya sebagai rasuah yang dibayar kepada pengundi, tidak kira sama ada pengundi memintanya atau tidak,” katanya memetik laporan The Star.

Menurutnya, Seksyen 10(a) akta berkenaan dengan perbuatan rasuah sebelum, semasa dan selepas pilihan raya, dilakukan secara langsung atau tidak langsung oleh calon sendiri atau oleh wakil bagi pihaknya.

Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menyifatkan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana ia hanyalah sedekah.

Katanya, pemberian terbabit dikatakan hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.

Beliau berkata, undang-undang juga telah menetapkan bahawa setiap calon dan wakil calon tidak boleh memberi wang ketika berkempen. – Malaysiapost

Komen