Syaikhul tanya, betulkah ayah kahwin lain? – Puteri Sarah

Syaikhul tanya, betulkah ayah kahwin lain? – Puteri Sarah

PELAKON, Puteri Sarah Liyana, mengakui kelu dan tidak tahu bagaimana untuk menjawab pertanyaan anak sulungnya, Syaikhul Islam mengenai status ayahnya, Syamsul Yusof yang berkahwin lain.

Perkara itu didedahkan Puteri Sarah di ruangan Insta Story miliknya malam tadi.

“Baru balik dari photoshoot. Sampai rumah, Syaikhul tanya saya ‘mama, betul ke ayah kahwin lain?’ Sebab itukah ayah dah lama tak balik rumah?

“Kenapa ayah ada orang lain? Macam mana nak jawab pertanyaan itu kepada budak berusia enam tahun? Saya memang terkedu,” tulisnya.

Menerusi hantaran yang sama, Puteri Sarah juga menegur kaum lelaki agar memikirkan banyak aspek sebelum berpoligami.

“Jadi kepada lelaki-lelaki yang pentingkan diri di luar sana, isteri nak kena jawab apa pada anak-anak kecil ini?.

“Nak kata ayah kahwin sebab nak elak maksiat? Ayah ikut suruhan Allah macam apa yang awak (Syamsul) jawab di dalam video? Pernah tak terfikir yang satu hari nanti nak kena jawab apa dekat anak?.

“Tidak! Awak cuma pikir nafsu awak, ikut kepala otak awak saja. Ada terfikir tak kahwin lari kat Siam itu nanti anak tanya nak jawab apa? Lelaki di luar sana, sebelum nak perjuangkan konon poligami itu sunnah, belajar balik agama Islam ya! Fikir apa kesannya,” katanya.

Terdahulu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

Susulan daripada pendedahan itu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai pada pada 16 Januari lalu.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Untuk rekod, Syamsul mendirikan rumah tangga bersama Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan turut dikurniakan seorang anak perempuan, Sumayyah yang kini berusia lima tahun. – Malaysiapost

Komen