4,195 mangsa banjir dipindahkan

4,195 mangsa banjir dipindahkan

JUMLAH mangsa banjir di tiga negeri yang terjejas setakat jam 12 tengah hari tadi dilaporkan meningkat dengan seramai 4,195 penduduk membabitkan 1,309 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Keadaan banjir di Johor

Berdasarkan laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Johor mencatatkan jumlah mangsa terjejas paling ramai iaitu 3,937 orang daripada 1,102 keluarga.

Mangsa banjir di Johor membabitkan lima daerah iaitu Segamat (1,417 mangsa), Kluang (1,191 mangsa), Mersing (640 mangsa), Kota Tinggi (568 mangsa) dan Batu Pahat (121 mangsa.

Menurut laporan itu Sabah merekodkan seramai 251 mangsa daripada 205 keluarga di dua daerah terjejas iaitu Pitas (167 mangsa) dan Kudat (84 mangsa).

Keadaan banjir di Johor

Sementara itu, jumlah mangsa di Pahang pula tidak berubah dengan hanya tujuh mangsa daripada dua keluarga yang dipindahkan ke PPS.

Menurut NADMA setakat ini hanya tiga negeri terbabit yang terjejas membabitkan lapan daerah dengan 47 PPS telah dibuka. – Malaysiapost

Komen