Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Johor, Sabah

Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Johor, Sabah

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran bahaya di beberapa kawasan di Johor dan Sabah berikutan hujan lebat berterusan hari ini. 

Berdasarkan kenyataan Faebook MetMalaysia, hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Johor iaitu di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. 

Manakala di Sabah melibatkan kawasan di Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat.

MetMalaysia juga mengeluarkan amaran buruk berikutan ramalan hujan lebat berterusan hari ini di beberapa kawasan di Pahang yang melibatkan Pekan dan Rompin. 

Turut berada dalam amaran buruk ialah Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang melibatkan kawasan di Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian. 

Beberapa kawasan di Sarawak seperti Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei Mukah dan Bintulu serta pedalaman Sabah iaitu Tambunan, Pantai Barat dan Tawau turut berada dalam amaran buruk hari ini. 

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran waspada berikutan ramalan hujan lebat hari ini di beberapa kawasan di Pahang, Sarawak dan Sabah. 

Amaran waspada itu membabitkan kawasan di Maran, Kuantan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, dan Tongod. – Malaysiapost

Komen