Dasar kerajaan terdahulu diteruskan selagi tak dibelenggu isu besar – PM

Dasar kerajaan terdahulu diteruskan selagi tak dibelenggu isu besar – PM

KERAJAAN akan meneruskan dasar yang dilaksanakan oleh pentadbiran terdahulu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, bagaimanapun ia akan diteruskan selagi ia tidak dibelenggu oleh “isu besar”.

Jelasnya, ini kerana penarikan balik dasar tertentu akan membawa kepada gangguan.

“Sebagai peraturan umum, pengumuman sebelumnya harus dihormati walaupun ada yang mungkin kami tidak bersetuju.

“Jika tidak, ia akan menyebabkan banyak gangguan,” katanya pada forum di Brunei Darussalam, malam tadi.

Anwar juga menegaskan, dasar yang mengandungi “kepincangan serius” akan dikaji semula.

“Jika beberapa peruntukan melanggar prinsip asas tertentu, atau jika ia dilakukan melalui cara yang meragukan, saya tidak akan melakukannya (mengekalkan dasar),” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan hadirin mengenai pengecualian tambahan cukai ke atas pendapatan asing.

Tahun lalu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan kelayakan pengecualian cukai tambahan bagi pembayar cukai dengan pendapatan dividen luar negara yang diterima semasa tinggal di Malaysia dari 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2026. – Malaysiapost

Komen