Hujan lebat: Rompin dilanda banjir

Hujan lebat: Rompin dilanda banjir

SERAMAI tujuh orang daripada dua keluarga dari Kampung Baru Perwira Jaya, Rompin dipindahkan berikutan banjir kilat, malam tadi.

Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hujan lebat berterusan sejak kelmarin menyebabkan kawasan kediaman mereka dinaiki air.

Semua mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Bandar Perwira Jaya, Rompin.

Sementara itu, berdasarkan maklumat laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan paras dua sungai di Rompin melepasi paras amaran pada jam 7.45 pagi ini.

Sungai berkenaan ialah Sungai Pukin dan Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, manakala tujuh sungai pula merekodkan paras waspada berikutan hujan lebat berterusan di beberapa daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran dan Temerloh. – Malaysiapost

Komen