Persenda Fyna, cara Janna Nick amat keterlaluan – Azhar Sulaiman

Persenda Fyna, cara Janna Nick amat keterlaluan – Azhar Sulaiman

PELAKON Azhar Sulaiman mendesak produksi program realiti Famili Duo supaya tidak lagi menjadikan perkahwinan Fyna Jebat dengan Datuk Zainal Abidin Hassan sebagai bahan jenaka.

Menerusi hantaran di Instagram, Azhar berkata, semua pihak yang menjayakan program itu patut menghentikan jenaka mempersenda perkahwinan Fyna, peserta program realiti berkenaan sekali gus dapat menjaga hati madunya, iaitu isteri pertama Zainal, Datin Zalina Zaini. 

“Allah sentiasa menjaga aib kita hinggalah kita sendiri yang membukanya… Semua yang terlibat perlu behave accordingly and professional. 

“Ini rancangan nyanyian dan bukannya drama swasta…. Unless itulah tujuannya, mendramakan,” katanya. 

Dalam ruangan komen, Azhar menjelaskan perbuatan pengacara, Janna Nick disifatkan amat keterlaluan. 

Sejurus berakhirnya persembahan Fyna dan kakaknya, Aida Jebat, Janna bergurau dengan menanyakan soalan berkaitan pengalaman orang baharu kahwin. 

“Since first week, same approach dalam bercakap dengan Fyna. Come on, usikan pasal hal kontroversi and last night she asked Fyna, sebab tidur lambat ke? That was too much already. Sorry we cant defend Janna this time. 

“Dear team Famili Duo, sila elak daripada membuat sebarang lawak atau komen tentang perkahwinan Fyna. You all kena juga jaga hati dan perasaan Datin Zalina Zaini yang juga anak saudara saya.

“Terima kasih team Famili Duo dan TV3,” tulisnya. 

Fyna dan Ayda adalah peserta yang mengumpul markah tertinggi dalam saingan Famili Duo.

Kelmarin, media melaporkan kedua-dua isteri bekas pemain bolasepak kebangsaan itu bergaduh di sebuah restoran di Shah Alam sehingga masing-masing membuat laporan polis. – Malaysiapost

Komen