“Anwar ni bagus.Tapi dikelilingi orang jahil” – Shahidan

“Anwar ni bagus.Tapi dikelilingi orang jahil” – Shahidan

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar memperbetulkan barisan pemimpin yang dipilih untuk bersama dalam pentadbirannya.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu turut memuji kepimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu yang menurutnya bagus, namun dikelilingi orang yang salah.

“Anwar ni bagus.Tapi dikelilingi orang jahil (jangan makan ayam) dan orang yang banyak musuh ‘Z’. Musuh dia musuh Anwar. Betulkan segera ‘sheikh’,” sindirnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Tanpa menamakan mana-mana individu atau pemimpin, namun Shahidan dipercayai merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) kini berdepan pelbagai kritikan dari dalam dan luar partinya terutama keputusan bekerjasama dengan PH untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Selain itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk berkenaan turut dikritik kerana langkah Umno yang dikatakan tidak akan mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti berkenaan dalam pemilihan Umno akan datang.

Sementara itu, Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR menjadi bahan kecaman netizen susulan kenyataannya yang mengatakan, pengguna patut kurangkan makan ayam sekiranya harga ayam terlampau mahal.

Ahli Parlimen Pandan itu juga dikritik kerana menyeru orang ramai memboikot restoran dan kedai makan yang menjual dengan harga tinggi dalam usaha menurunkan harga makanan. – Malaysiapost

Komen