MFL perkenal sepak mula petang untuk aksi Liga Super

MFL perkenal sepak mula petang untuk aksi Liga Super

BUAT pertama kali saingan Liga Super musim 2023 akan menyaksikan perlawanan bakal berlangsung pada sebelah petang.

Sebelum ini Malaysia Football League (MFL) mewajibkan setiap perlawanan Liga Super dilangsungkan pada sebelah malam.

Menurut MFL hari ini, terdapat tiga waktu perlawanan ditetapkan iaitu jam 5.15 petang, 8.15 dan 9 malam bagi Semenanjung.

Manakala bagi Sabah dan Sarawak, perlawanan bermula pada jam 4.30 petang serta 7.30 dan 8.15 malam.

Sepanjang Ramadan pula perlawanan akan dimulakan jam 10 malam di Semenanjung dan 9.15 malam di Sabah dan Sarawak.

“Langkah MFL untuk memperkenalkan waktu sepak mula baharu iaitu lebih awal pada sebelah petang adalah untuk menyuntik suasana dan pengalaman baharu buat penyokong serta mewujudkan hari perlawanan yang lebih dinamik.

“Bagaimanapun, waktu sepak mula perlawanan juga adalah tertakluk kepada penyiar rasmi dan MFL,” kata MFL menerusi kenyataan. – Malaysiapost

Komen