10 Setiausaha Politik Menteri angkat sumpah simpan rahsia
SERAMAI 10 Setiausaha Politik kepada Menteri Kabinet mengangkat sumpah menyimpan rahsia di hadapan Perdana Menteri datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, Majlis Angkat Sumpah Simpan Rahsia itu disempurnakan di Putrajaya dengan didahului oleh Muhammad Kamil Abdul Munim, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan.
Beliau berkata, turut mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik ialah Datuk Hamzah Brahim bagi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC).
“Yuhaizad Abdullah, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFI); Datuk Ton Zalani Mat Darus, Kementerian Pertahanan (MINDEF); dan Datuk Haji Rizam Ismail, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Juga mengangkat sumpah pagi tadi ialah Datuk Suraya Yaacob (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Akmal Zharif Ahmad Kamal, Kementerian Luar Negeri; Dr. Stephen Anak William, Kementerian Perpaduan; Arul Kumar Jambunathan, Kementerian Pengangkutan (MOT); dan Yap Yee Vonne, Kementerian Belia dan Sukan (KBS),” katanya di Facebook.
Anwar berharap kesemua Setiausaha Politik berkenaan dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan ikhlas dan penuh berintegriti. – Malaysiapost