Covid-19: 172 kes baharu, 3 kematian semalam

Covid-19: 172 kes baharu, 3 kematian semalam

SEBANYAK 172 kes baharu dilaporkan dengan tiga kematian direkodkan akibat Covid-19, semalam.

Perkembangan itu sekali gus menjadikan kes kumulatif kini mencecah 5,035,377 kes sejak virus berkenaan melanda negara.

Berdasarkan portal KKMNow, sebanyak tiga kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini adalah 36,936 kes.

Kes sembuh pula adalah sebanyak 325, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut adalah 4,988,814.

Sementara itu, sebanyak 9,627 kes aktif Covid-19 direkodkan semalam dengan 9,245 atau 96 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Seramai 369 pesakit dirawat di hospital dengan 13 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). – Malaysiapost

Komen