Lebih 13,000 mangsa dipindah akibat banjir
JUMLAH keseluruhan mangsa banjir di seluruh Malaysia terus meningkat setakat jam 4 petang tadi membabitkan seramai 13,547 daripada 4,373 keluarga yang dipindahkan ke 80 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), keadaan banjir di Sabah semakin buruk membabitkan 9,677 mangsa daripada 3,294 keluarga.
Menurut laporan itu, daerah di Sabah yang paling teruk terjejas adalah Kota Marudu (7,358 mangsa), diikuti Pitas (2,186 mangsa), Tawau (109 mangsa) dan Telupid (24 mangsa)
Johor pula merekodkan penurunan dengan 3,498 mangsa daripada 969 keluarga membabitkan tujuh daerah iaitu Batu Pahat (205 mangsa), Kluang (843 mangsa), Kota Tinggi (482 mangsa), Mersing (1,789 mangsa), Muar (13 mangsa), Segamat (151 mangsa) dan Tangkak (15 mangsa).
Di Pahang mangsa turut meningkat dengan 352 mangsa daripada 105 keluarga di daerah Rompin dipindahkan ke empat PPS.
Mangsa banjir di Terengganu pula tidak berubah dengan 20 mangsa daripada lima keluarga di daerah Besut.
Setakat ini keadaan banjir di Sarawak membabitkan daerah Kuching dilaporkan sudah pulih dan PPS telah ditutup. -Malaysiapost