Sabar yang kena pecat, kami akan beri pembelaan, kata Shahidan Kasim

Sabar yang kena pecat, kami akan beri pembelaan, kata Shahidan Kasim

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim meminta pemimpin dan ahli Umno yang dipecat malam tadi, supaya bersabar kerana mereka akan diberi pembelaan tidak lama lagi.

Shahidan yang turut dipecat pada November lalu, menyifatkan Umno sebagai parti yang ‘tidak siuman’ kerana ‘ghairah’ memecat pemimpin dan ahlinya.

“Sebuah parti tidak siuman sedang ghairah pecat orang. Sabar yang kena pecat, kami akan beri pembelaan,” tulisnya ringkas di Facebook.

Sebelum ini, Shahidan dilucutkan jawatan daripada Umno selepas didapati mencalonkan diri bagi bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15).

Malam tadi, Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin dan Bekas Ketua Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat daripada parti.

Sementara, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Shahril Sufian Hamdan digantung keahlian selama enam tahun. – Malaysiapost

Komen