TMJ ‘pinang’ KJ?
KURANG 24 jam dipecat daripada parti, bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin seolah-olah memberi bayangan bakal menyertai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Ia susulan hantaran yang dimuat naik di Instastory milik pemilik kelab berkenaan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang menimbulkan persoalan peminat bola sepak tempatan.
Menerusi hantaran itu, Tunku Ismail yang memuat naik gambar berdua bersama Khairy seakan memberi bayangan bahawa bekas Menteri Belia dan Sukan itu bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT pada masa hadapan.
“Bakal CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) JDT dan penasihat belia Johor,” tulis Tunku Ismail.
Hantaran Tunku Ismail mendapat perhatian bekas Ahli Parlimen Rembau itu yang kemudian menulis komen balas seolah-olah gembira dengan berita itu.
“Satu pintu ditutup, pintu lain akan terbuka. Rezeki di tangan Allah,” tulisnya. – Malaysiapost