Anwar tonton konsert mega penyanyi legenda India

Anwar tonton konsert mega penyanyi legenda India

DI SEBALIK kesibukan tugas, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi sempat ‘mencuri masa’ hadir ke konsert mega penyanyi dan komposer legenda India, AR Rahman di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menurut Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebooknya berkata konsert tersebut bertambah meriah dengan peminat dan pengunjung dari pelbagai kaum.

“Biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza turut hadir membuat persembahan,” tulisnya.

Konsert AR Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 itu disaksikan kira-kira 60,000 penonton.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. – Malaysiapost

Komen