Gopal Sri Ram meninggal dunia

Gopal Sri Ram meninggal dunia

BEKAS hakim Mahkamah Persekutuan dan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram meninggal dunia hari ini pada usia 79 tahun.

Memetik laporan FMT, mendiang menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Difahamkan Sri Ram dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital swasta itu sejak dua minggu lalu, bagi mendapatkan rawatan akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Mendiang merupakan pendakwa utama perbicaraan kes rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selain itu, mendiang juga adalah pendakwa utama bagi perbicaraan kes rasuah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta. – Malaysiapost

Komen