Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan PM, Bersatu ucap ‘tahniah’
DATUK Seri Ahmad Faizal Azumu mempersoalkan pelantikan anak perempuan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Perdana Menteri dalam bidang ekonomi dan kewangan.
Timbalan Presiden Bersatu itu secara sinis turut mengucapkan tahniah kepada Nurul Izzah atas pelantikan tersebut.
“Anak perempuan sulung PM, Nurul Izzah dilantik sebagai Penasihat Kanan Perdana Menteri dalam bidang ekonomi dan kewangan.
“Nampaknya, menurutnya, Papa yang juga Menteri Kewangan melantiknya berkuat kuasa 3 Jan 2023. Tahniah!,” ciap Ahmad Faizal menerusi Twitter.
Terdahulu Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, mengesahkan beliau dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.
Ketika mengesahkan perkara itu dalam temu bual eksklusif dengan The Star, Nurul Izzah berkata, beliau memulakan khidmatnya berkuat kuasa 3 Januari lalu.
“Saya harap melalui pengalaman saya sebagai Ahli Parlimen yang terlibat dalam pelbagai bidang ketika berkhidmat sejak empat dekad lalu, mampu memberi manfaat dalam mengemudi tadbir urus ekonomi, akauntabiliti dan dasar polisi negara,” katanya. – Malaysiapost