Syarikat induk Shopee tingkat pelaburan di Malaysia – Tengku Zafrul

Syarikat induk Shopee tingkat pelaburan di Malaysia – Tengku Zafrul

SEA Limited, syarikat induk kepada Shopee akan meningkatkan pelaburannya di Malaysia, kata Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata syarikat internet global terkemuka berpangkalan di Singapura itu akan membuka pusat pengkomputeran awan global di Kulai dan gudang logistik mega di Bukit Raja, Klang.

“Lebih 2,000 pekerjaan akan diwujudkan untuk rakyat Malaysia.

“Saya akan sentiasa berusaha untuk menarik pelaburan dan mencipta pekerjaan demi kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu Tengku Zafrul melawat ibu pejabat Shopee di Singapura.

Shopee adalah platform e-dagang serantau terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan. – Malaysiapost

Komen