‘Apa salah lantik Nurul Izzah penasihat kewangan Anwar?’ – soal Kor Ming

‘Apa salah lantik Nurul Izzah penasihat kewangan Anwar?’ – soal Kor Ming

NAIB Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mempertahankan kelayakan Nurul Izzah untuk menjadi penasihat kewangan bapanya yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi ciapan di Twitternya, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan itu mendakwa, secara fakta Nurul Izzah mempunyai pengalaman untuk dilantik ke jawatan tersebut.

“Biar fakta bicara. Nurul Izzah mempunyai kelulusan akademik cemerlang termasuk kejuruteraan dan public policy dari John Hopkins University yang terkemuka.

“Beliau sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan Ahli Parlimen kini bekerja tanpa gaji. Apa salah yang layak ini berbakti untuk negara?” ciapnya.

Semalam, media melaporkan, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR, dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada bapanya.

Pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi jawatan berkenaan, berkuat kuasa 3 Januari lalu.

Tindakan Anwar melantik Nurul Izzah itu bagaimanapun dikritik beberapa pihak yang beranggapan ia `berbau’ nepotisme.

Bagaimanapun, Perdana Menteri mempertahankan lantikan itu kerana ia dibuat atas dasar pelawaan dan tanpa elaun. – Malaysiapost

Komen