Covid-19: 266 kes baharu semalam, tiada kematian
SEBANYAK 266 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam dengan tiga daripadanya merupakan kes import, menjadikan kes keseluruhan meningkat kepada 5,036,140.
Berdasarkan data di portal KKMNow, tiada kematian yang direkodkan akibat wabak itu semalam.
Perkembangan itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 36,940.
Kes sembuh dicatatkan pula adalah sebanyak 285 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,989,720 kes.
Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini direkodkan sebanyak 9,480 dengan 9,088 atau 95.9 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.
Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sementara 371 pesakit dirawat di hospital dengan 21 daripadanya di unit rawatan rapi (ICU). – Malaysiapost