Fyna ‘kunci mulut’ kes gaduh dengan madu, serah polis siasat

Fyna ‘kunci mulut’ kes gaduh dengan madu, serah polis siasat

PENYANYI Fyna Jebat menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung isu pergaduhan dengan madunya yang juga isteri pertama Datuk Zainal Abidin Hassan, Datin Zalina Zaini.

Justeru, dia enggan mengulas kles berkenaan dan bertindak ‘mengunci mulut’ berhubung kes tersebut.

“Tiada apa yang boleh diperkatakan. Biar isu ini diserahkan kepada siasatan pihak berkuasa,” katanya.

Fyna menjawab pertanyaan media selepas berakhir konsert separuh akhir Famili Duo musim kedua yang disiarkan di TV3, malam tadi.

Terdahulu, dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam, Fyna didakwa terbabit dalam pertelingkahan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian yang berlaku dan memaklumkan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

Dalam pada itu, Fyna dan Ayda berjaya mara ke konsert akhir Famili Duo, Ahad depan.

Pasangan adik-beradik itu juga dinobatkan juara mingguan dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 menerusi konsert Famili Duo separuh akhir. – Malaysiapost

Komen