Lelaki kurang siuman maut, pengawal keselamatan direman 7 hari
SEORANG pengawal keselamatan direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di Kota Bharu bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang lelaki kurang siuman di sebuah masjid, Pulau Melaka, semalam.
Perintan reman dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Fitri Mokhtar terhadap lelaki berusia 32 tahun itu bermula hari ini sehingga Ahad.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.
Media melaporkan seorang lelaki yang mempunyai masalah mental maut dipercayai dipukul sekumpulan pelajar tahfiz di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, di Kota Bharu, malam tadi.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, lelaki berusia 20-an itu dikatakan mengamuk di masjid berkenaan sebelum menendang wanita berusia 50-an yang melalui perkarangan masjid itu.
Mangsa awalnya melihat mangsa mengamuk di sekitar surau ketika waktu Zuhur sebelum datang ke masjid berkenaan.
Katanya, mangsa sempat menunaikan solat Asar bersendirian sebelum keluar dan secara tiba-tiba menendang serta menyepak wanita yang juga tukang masak sebuah sekolah tahfiz berdekatan ketika melalui perkarangan masjid terbabit. – Malaysiapost